Pages

Tuesday, December 27

Basaga holiday residences at Kuching Town

Pagi Semua!!!...hmmm...time cuti-cuti gine lah...aku suka nak menghabiskan masa aku termasuk "wang" aku dekat tempat2 "cozzie2"..Nie 1 place yang aku suka pegi untuk tenangkan fikiran and lepak2 dengan mmber2 aku tanpa ganguan "malaria"....hmm..siapa ek "malaria" tuuu????? (dan aku bertanyakan dengan sendiri diri)..entahlah...abaikan lah..

These Beautiful picture yang ku sempat ambil time lepak2 dengan mmber ku..



menu di basaga..malam 2..aku order..hmm..sperti biasa ayam chop..


nice place...






kat cni ade meyediakan peginapan baget untuk pelancong yang datang..








ain and tne..join da club....




alamak..manje nyer....tapi....????hmmm...malas nak ckap..kehkehhh




Monday, December 26

Tips Membuat Sang Pria Jatuh cinta

Membuat Lelaki Jatuh Cinta


Terkadang Lelaki atau wanita menganggap bahawa hanya dengan kecantikan, keseksian tubuhnya, selera fesyen atau dandanan yang sangat boleh  membuat lelaki jatuh cinta dan tertarik. Padahal hal tersebut salah besar! Seandainya (wanita) dengan baju mini, lalu rok mini dan semua yang serba mini-mini, memang pada umunya semua lelaki lelaki tertarik, tapi apakah tertarik untuk mencintai Anda ? ataukah hanya untuk menikmati keindahan, kemolekan dan kecantikan anda saja? maaf.. Kebanyakan para wanita tiada hari tanpa mempercantik atau dan memperindah tubuh mereka, Padahal tahukan Anda masih banyak faktor-faktor lain yang dapat membuat sang pria jatuh cinta yang tidak wanita sedari.

1. Jadilah wanita yang mudah didekati

Maksudnya disini adalah jadi seorang wanita yang tidak  jual mahal (tapi juga jangan jadi cewek murahan). Dan apabila Anda didekati oleh lelaki jangan terhegeh-hegeh apalagi mengada-gada. Para Pria  akan lari semua nya jika, anda berkelakuan begitu. Selalu ingatkan diri Anda bahwa jumlah wanita itu lebih banyak daripada lelaki, jadi Apabila anda terlampau sombong bisa-bisa anda kehabisan stok lelaki dan  menjadi andartu. 


2. Jangan Dandan berlebihan

Pada umumnya semua lelaki menyukai wanita yang cantik semulajadi atau natural, tidak di buat-buat dan tidak di bantu-bantu dengan make up. Ada sebuah penelitian yang menyebutkan 
kalau lelaki suka wanita yang cendrung tampil apa adanya. Namun walau begitu anda pun tetap harus menjaga penampilan, jangan kedekut sangat untuk memanjakan diri anda



4. Inner Beauty = Kecantikan dari dalam.

Tampilkanlah kecantikan anda dari dalam hati disertai dengan perilaku anda - Nah ini juga salah satu unsur terpenting bagi semua wanita di seluruh seluruh dunia. Wanita  cantik, wanita manis, bahkan wanita hot mudah sangat dicari. Tapi wanita yang baik hati, ramah dan cantik sukar sekali dicari. Seperti cari satu jarum dalam jerami.


5. Jadi Seorang Yang Berkeyakinan
Sifat yakin pada diri adalah komponen utama di dalam fasa ‘dating’ kerana ianya adalah kualiti yang bersifat ‘attractive’. Kualiti inilah yang boleh membuat lelaki cair kepada wanita dalam sekelip mata pada saat pertemuan pertama.
Sifat yakin pada diri amat penting untuk anda rasai sendiri (bukan buat-buat) kerana dengan berada di dalam keadaan yang yakin, anda akan tidak kelihatan terlalu ‘berusaha’ pada mata lelaki. Lelaki kebiasannya boleh mengesan wanita yang ‘desperate’ dari segi tingkah laku mereka dan kebiasaannya akan melakukan pelbagai cara untuk mengelak wanita seperti ini.



Alamak!!! korang watpe hah!! aku tengah citer tips untuk membuat lelaki jatuh cinta dengan wanita..bukan tips untuk lelaki jatuh cinta dengan lelaki ler..LOL!!..(kacau lah gambaran 2) rasa nak mukak jer bila tengok pic nie..




Cerita Santai Lagi..~v~

 Guru Kaunselling Yang Terlampau

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"




Apa Nak Buat Selapas Exam...(Lime Tree Hotel at Kuching Town)

Yawww...title 2 buat aku sengal jer...macam lah best sangat activity after exam...tak pon..dduk lepak 2 dengan mmber jer..yelah..dh abis exam..mula lah perangai aku....yang x bleh dduk diam.."mancai"...bydaway siotttt...life must enjoyyyy..nnti dah sakit or deman xdapt nk enjoyyy..kukuuuuuu..





alamak..macam nangnak bhai...ngeri ku tengok muka ku sendiri...




tengok muka tine...jeles semacam jer..haha..nie mst tengok cili lekat kat gigi ku nie..hawakaka..



sweet n sour..


Nangnak versi Siam..

 at Raja Ayam Penyet Kat kuching Town..





At LimeTree Hotel Kuching














wahhhh.....muka macam ade bisness besar jer..

Nak Jadi cikgu lorhhh...

      Murid : Selamat pagi, cikgu. Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap)
       Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah! Cikgu : Jauh! Murid : Dekat! Cikgu : Keadilan! Murid : UMNO! Cikgu : Salah! Murid : Betul! Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Dengar itu! Cikgu : Diam! Murid : Bising! Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid : Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu : Mati aku! Murid : Hidup kami! Cikgu : Rotan baru tau! Murid : Akar lama tak tau! Cikgu : Malas aku ajar kamu! Murid : Rajin kami belajar cikgu! Cikgu : Kamu gila! Murid : Kami siuman! Cikgu : Cukup! Cukup! Murid : Kurang! Kurang! Cikgu : Sudah! Sudah! Murid : Belum! Belum! Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid : Sebab saya seorang pandai! Cikgu : Oh! Melawan! Murid : Oh! Mengalah! Cikgu : Kurang ajar! Murid : Cukup ajar! Cikgu : Habis aku! Murid : Kekal kami! Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid : K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu : Sudah, bodoh! Murid : Belum, pandai! Cikgu : Berdiri! Murid : Duduk! Cikgu : Saya kata UMNO salah! Murid : Kami dengar KeADILan betul! Cikgu : Bangang kamu ni! Murid : Cerdik kami tu! Cikgu : Rosak! Murid : Baik! Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid : Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Nak jadi cigu shida okey jugak ek...gelem gituuuu...


Lelaki Ohhh Lelaki...

50 Fakta Mengenai Lelaki! 


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).


2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).


3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).


4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).


5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).


6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).


7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).


8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).


9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).


10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).


11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.


12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).


13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).


14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.


15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.


16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).


17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).


18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).


19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).


20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).


21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).


22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).


23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).


24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).


25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.


26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.


27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).


28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.


29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.


30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.


31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).


32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.


33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.   


34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.


35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.


36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.


37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.


38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri 
nasihat atau menyalahkan dirinya.

                                                                                                          


39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).


40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).


41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.


42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.


43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.


44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik. 


45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.


46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).


47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).


48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)


49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.






50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.



Thursday, December 22

Sebelum Ke Medan Peperiksaan

salam.. guy and girls..how ru?hmm..lama dah bersarang blog aku nie kn..hehehe..(adakah orang nak "poret" blog nie?)wakakakka...wateverlah..so lame betol aku x update blog ku nie...yelah..bz dengan final exam lagi..dahlah subject nak mampus susah..perghhh..bikin utak ku pejal jer..


banyak betol benda jadi before ku nak exam..like my energy excidentlah..2 lah..huh!! mmg banyak dugaan time2 aku nak exam..;(((..thanks to Allah energy ku xde pa2..just cedera ckit jer..as long dia sihat and xde yang cedera teruk..so sekarang nie aku kena keep call or text "energy" ku 2..nak update status kesihatan dia..hmmm...kesian  betol ku kat die...entah apa yang buat ku mcm 2..sedang kan dia dah MIA almost 2 month yaw!! 


And am trying hard to forget him ..but..suddenly die call and cakap yang die excident..huh!!! mencurah2 "water eyes" (*_*)  ku...nevermind lorr...forget the kesalahan nya dengan aku..as long he still ingat kan aku..(>_<)....feel want to fly jer time 2..but i have exam on the next day..so terpadam lah niat ku nak fly...


Hookey lah u"oll..xnak lah citer sedih2 nie...bikin aku ku rasa nkkkkkk.....________ ( biarkan tempat itu kosong okey)


Nak mampus ker aku nie...1 hari lagi aku nak exam..satu formula pon aku blom ingat..heiii..."heng Palak Pemaisuri" ko nak jadi apo nie...satu benda pon ko x ingat...huuuuu...bebal semacam jer ko nie..mane x nya..saat nak exam..datang dugaan...tapi ku cool jer...(sambil buat muka 10sen) Semua benda nak hafal bhai..teruk....2 subject dalam satu hari..name x nya bhai...kacau otak nie deh


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...tapi xberapa lembut yang di lancarkan...


.. 



ini lah salah satu cara ku nak hafal fomula untuk subject micro..reason nyerr..tme aku dduk kat toilet aku leh...tengok2 formula and hafal..tapi serius ku cakap..mejadi siottt...


sa'al kan aku wat macam nie...


Anywhere...banyak lagi benda yang pelik2 ku buat utk hafal formula...tapi xkan aku nak post semua kottt...hahahhaha...EnjoYYYYY!!!



Wednesday, December 14

Tarikh Anda di Lahirkan


  • Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
  •  
  • Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
  •  
  • Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
  •  
  • Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
  •  
  • Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
  •  
  • Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
  •  
  • Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
  •  
  • Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
  •  
  • Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
  •  
  • no.1—-Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
  •  
  • no.2—-Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
  •  
  • no.3—-Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
  •  
  • no.4—-Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
  •  
  • no.5—-Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
  •  
  • no.6—-Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
  •  
  • no.7—-Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
  •  
  • no.8—-Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
  •  
  • no.9—-Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

Sent by Digi from my Marla® smartphone