Pages

Wednesday, October 26

Relaxing Story





No.1 
Panggilan Sayang Untuk Isteri   

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."
 Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."
 

No.2 
Sudu

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung... 

Doktor :
 Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop) 

Pak Pandir :
 Pening kepala, sakit dada….. doktor. 

Doktor :
 Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari. 

Pak Pandir :
 Terima kasih. 

Seminggu kemudian…..
 

Doktor :
 Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak? 

Pak Pandir :
 pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…) 

Doktor :
 Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke? 

Pak Pandir :
 Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor……. 

Doktor :
 Kenapa dengan sudu? 

Pak Pandir :
 (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor! 

Doktor :
 ??????? 





lorrr..ape 2?kehkehhh

No. 3


Cita-cita Tinggi




Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid :
 Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery :
 Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan :
 Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery :
 Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery :
 Yer saya….

Shahril :
 Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril :
 Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.



.

Pintar kamu ya...



No.4 


Harta Pusaka Nenek


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek
: "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"



Facebook tegar lah nie...hehehe


No.5 
Rizal yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".



No.6 

UBAT SAKIT KEPALA


Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?" "Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos. "Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun.

"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"





No comments:

Post a Comment